dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Herfest Kulai 2026

13 September 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2026, NADI Felda Taib Andak bergabung dengan NADI Bukit Batu, NADI Bukit Permai dan NADI Felda Inas Utara telah membuka kaunter promosi NADI dan pemeriksaan kesihatan percuma di Festival HERFest Kulai. Program ini memberi keutamaan kepada usahawan wanita untuk mempromosi produk mereka kepada komuniti. Selain itu juga, festival ini turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching.

Terdapat pelbagai booth usahawan wanita yang terdiri daripada usahawan tempatan, antara ialah kraftangan tradisional, gubahan bunga, lukisan Henna, handmade Bag tote dan pelbagai lagi secara percuma.

Selain itu, NADI Felda Taib Andak telah menjalankan saringan kesihatan secara percuma kepada semua pengunjung yang hadir di festival tersebut. Sambutan yang sangat menggalakkan dan meriah telah kami terima sepanjang program berlangsung.

Diharap akan lebih ramai lagi komuniti yang akan menyertai program bersama NADI Felda Taib Andak dan memberikan manfaat kepada mereka tidak kira peringkat umur serta mengeratkan lagi hubungan NADI bersama komuniti setempat terutamanya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.